top of page

Soalan Lazim:

Anda diminta untuk membaca FAQ di bawah dengan teliti untuk memahami terma dan syarat kami. Sekiranya anda mempunyai persoalan lain anda bolehlah menghubungi kami di sini.

1. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan kod bagi setiap produk?

Anda boleh melihat kod produk kami dengan meletakkan scroll mouse anda pada gambar produk tersebut atau dengan klik pada gambar produk tersebut, dan anda boleh melihat kod pada sudut bawah gambar.

 

2. Bagaimanakah saya boleh membuat tempahan untuk kad kahwin/pakej/cenderahati di Kahwinmart?

Anda boleh melihat proses untuk membuat tempahan di sini. Sila isikan borang tempahan anda dengan cermat, betul dan tepat bagi mengelakkan sebarang kesalahan maklumat dan ejaan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesalahan maklumat dan ejaan setelah kad dicetak yang mana disebabkan oleh kesilapan anda semasa mengisi borang tempahan dan juga semasa pengesahan design.

 

3. Bagaimanakah saya boleh membuat pembayaran deposit dan baki jumlah tempahan?

Anda boleh membuat pembayaran deposit dan baki jumlah tempahan melalui online transfer atau melalui CDM. Setelah membuat pembayaran, anda dikehendaki menghantar bukti pembayaran tersebut kepada kami melalui emel atau whatsapp dalam tempoh 48jam dari penghantaran borang tempahan online. Sila nyatakan no IC anda di bahagian subject emel/whatsapp untuk tujuan rujukan kami.

 

4. Bagaimanakah proses pengesahan design dilakukan?

Kami akan membuat design kad kahwin anda berdasarkan maklumat yang anda isi pada borang tempahan dan juga peta lokasi yang anda hantar. Setelah itu kami akan hantarkan draft design tersebut kepada anda melalui emel untuk pengesahan. Setelah design disahkan oleh anda dan tiada lagi sebarang perubahan yang perlu dilakukan, kami akan mulakan proses percetakan.

 

5. Berapa lamakah proses percetakan dilakukan?

Proses percetakan dilakukan selama 7-14 hari berkerja (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum) dari tarikh pengesahan design oleh pelanggan bergantung kepada musim, maksimum 21 hari.

 

6. Apakah jenis kertas dan finishing yang digunakan?

Jenis kertas yang digunakan adalah artcard, 260gsm. Setakat ini kami standardkan 1 jenis kad sahaja iaitu artcard, 260gsm tanpa finishing seperti matt, gloss dan vanish laminating.

 

7. Adakah harga kad dan produk yang dipaparkan adalah harga tetap dan muktamad?

Harga yang dipaparkan adalah harga yang terbaik dari kami dan sudah termasuk kos sampul dan penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia. Namun begitu, anda bolehlah menghubungi kami bagi perbincangan lanjut. "KITA NEGO SAMPAI JADI".

 

8. Bagaimanakah penghantaran barangan tempahan dilakukan?

Penghantaran barangan tempahan dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan SKYNET ke seluruh semenanjung Malaysia. Caj penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan diberitahu kelak atau anda bolehlah menghubungi kami untuk maklumat lanjut.

 

9. Berapa lamakah tempoh penghantaran barangan tempahan?

Anda akan menerima barangan tempahan anda dalam tempoh 3-5 hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum) dari tarikh bayaran baki jumlah tempahan yang anda lakukan.

 

10. Sekiranya saya membuat tempahan pakej lengkap kad kahwin, adakah saya boleh memilih 1 design untuk semua item pakej?

Ya, di Kahwinmart kami ada membuat set lengkap untuk tujuan tempahan pakej yang mana 1 design boleh digunakan untuk semua item seperti banner, bunting, penunjuk arah, button badge dan TQ tag tapi dengan KOD yang berlainan. Namun begitu, anda juga boleh memilih design berlainan bagi setiap item pakej tersebut dan anda boleh nyatakan KOD bagi setiap design tersebut di borang tempahan anda. Anda bebas memilih mana-mana design dari koleksi kami di Kahwinmart.

 

11. Adakah saya boleh membuat tempahan dengan berkunjung ke kedai tuan?

Kahwinmart hanya beroperasi secara atas talian sepenuhnya melaui twitter, facebook, instagram dan juga website. Namun begitu, sekiranya anda berada di sekitar Kota Bharu, anda bolehlah menghubungi pihak kami untuk membuat temujanji untuk melihat sampel kad dan design kad dari kami.

*kami juga mempunyai agen yang mungkin berada berdekatan dengan kawasan anda. Sekiranya ada, kami akan maklumkan kepada anda.

 

12. Bagaimanakah saya boleh membuat pembatalan tempahan?

Anda boleh membuat pembatalan tempahan sebelum draft design pertama dihantar kepada anda untuk pengesahan dengan 100% bayaran deposit anda dikembalikan dalam tempoh 3 hari dari tarikh pembatalan tempahan. Sekiranya pembatalan tempahan dilakukan setelah draft pertama dihantar kepada anda, 30% daripada jumlah deposit anda akan dikembalikan dalam tempoh 3 hari dari tarikh pembatalan tempahan. Pembatalan tempahan bolehlah dilakukan dengan menghubungi pihak kami.

 

13. Adakah Kahwinmart menyediakan peluang untuk saya menjadi Agen/Dropship?

Ya. Kami di Kahwinmart mengalu-alukan penyertaan anda untuk menjadi sebahagian dari team Kahwinmart. Anda akan diberikan komisyen yang lumayan bagi setiap pelanggan yang anda dapat. Untuk menjadi agen/dropship kami, anda boleh menghantar Nama penuh anda, No.IC, Tel. dan alamat ke emel kami di sini. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM30 dan anda akan dibekalkan dengan beberapa sampel kad untuk tujuan pemasaran.

1:ORDERS

2:SHIPPING

3:GIFT SHIPPING

4:RETURNS

bottom of page